Powered By Blogger

Monday 19 September 2011

What says me...when I'm moody


Tanggal Isnin 19.09.2011 aku terasa amat memedihkan dalam hidup aku. Aku tak tau kenapa aku amat membenci orang sekeling dan terutama sekali diri aku sendiri. Sampai aku berdoa yang bukan2...Terasa ingin pergi jauh-jauh ke tempat yang tidak berpenghuni..

Mungkin aku amat benci dengan kerja aku sekarang ni..Terkial kial tengah mencari kerja di internet tetiba aku terbukak blog laman sembang-sembang pasal soal employment, ada 3 jenis, secara am. Ini sekadar kongsi dan panduan aku sendiri. 

Dalam pada itu aku berdoa “Ya Allah, murahkan la rezeki hambamu ini”

Jenis pertama : permanent - maknanya kita pekerja syarikat tersebut dan majikan wajib membayar Socso, EPF, Tax macam yang dah tertakluk dalam undang-undang. Kita boleh berhenti kerja dengan memberi notis berhenti dalam tempoh yang ditetapkan atau majikan boleh berhentikan kita dengan sebab-sebab yang konkrit.

Jenis kedua: contractual, tapi kita tetap diakui sebagai pekerja syarikat tersebut dimana kita juga berhak ke atas apa jua perks and benefit syarikat tersebut yang dinikmati oleh pekerja permanent(haram jadah la kompeni sekarang ni) Dan soal caruman EPF, Socso, Tax akan dibuat oleh majikan. Contract kita dengan syarikat ni akan dinilai semula pada bulan terakhir contract samada akan diperbaharui atau ditamatkan. Biasanya tempoh contract adalah minimum 1 tahun.

Jenis ketiga: contractual, tapi kita bukannya pekerja syarikat tersebut. Bermakna, kita tak berhak ke atas apa jua perks dan benefit syarikat tersebut yang dinikmati oleh pekerja dari Jenis 1 dan 2 di atas. Biasanya, pekerja jenis ini dihantar oleh syarikat macam Kelly Services, Manpower staffing dan contract pun tak la lama, ada yang dari seminggu hingga ke 3 bulan atau 6 bulan paling lama. Jadi soal caruman EPF, Socso dan Tax bukanlah tanggungjawab syarikat yang mengambil kita bekerja tapi syarikat macam Kelly Services, Manpower staffing ataupun diri sendiri. Selalunya orang panggil jenis 3 ni - Freelancer. Jadi Freelancer ni yang akan buat semuanya sendiri untuk mencarum EPF, bayar Socso dan bayar Tax. Perkara yang paling asas Freelancer akan buat dahulu adalah mendaftar satu perniagaan baru dan mendaftar diri sendiri sebagai pekerja syarikat baru ni, untuk memudahkan soal Tax, Caruman, Socso.

So, based on the statement above, saya rasa saya ni Jenis 2.

Tapi apa-apa pun, untuk mendapatkan penjelasan yang sohih, pegi la berjumpa dengan pihak-pihak yang berkaitan. Bawak la employment contract agreement untuk diteliti dan jugak segala dokumen yang berkaitan, macam payslip etc

No comments:

Post a Comment