Powered By Blogger

Monday 30 July 2012

Bosan Jemu pada seseorang?

Dalam kehidupan kita banyak pancaroba..memang betul susah nak dinafikan....antara nya JEMU atau bosan...

Aku selalu terfikir kenapa kita or seseorang tu ada perasaan jemu atau bosan tak kiralah terhadap org ke..kerja ke atau apa pun..

Mengapa harus ada rasa bosan atau jemu ni.Contohnya perasaan jemu terhadap seseorang. Takrifan bagi aku kalau kita dah suka atau sayang kat seseorang tu..sepatut nya perasaan jemu or bosan tu tak harus wujud. Mustahil dan sepatutnya tiada istilah bosan..jemu bila kita bersama org yg kita suka ! tapi ada kawan aku kata..perkara ni sama seperti makan..ada rasa sedap dan best pada awal jer..lama lama rasa tu akan kurang...aku malas nak bertekak...kerana pendapat aku..kalau makanan tersebut merupakan makanan kegemaran kita...benda tu akan menjadi rutin harian kita sehari hari ..dan ia merupakan satu kemestian kalau kita tidak mendapatkannya..contoh..kita suka sambal belacan..kalau tak der sambal belacan..tentu tak kick kan.. tapi mcm mana org lain boleh ada rasa jemu atau bosan ni ?

aku akan bosan bila berdepan dgn manusia hipokrit..
yg terlalu caring kat aku..sedangkan aku tak suka dia..ehhehe ni pun bosan gak..
dan seperti biasa limit aku terhadap seseorang hanya 3 kali jer..lebih 3 kali...perkara yg sama berulang..aku akan rasa bosan kat dia seumur hidup...awassss...

Adios, Al Vida
Xeul....

Thursday 26 July 2012

Pembentukan Persekutuan Malaysia

Kenapa Orang dari Tanah Semenanjung @ Malaya memerlukan passport atau tidak boleh tinggal melebihi 3 bulan di Negeri Sabah dan Sarawak dan juga memerlukan permit kerja walaupun kedua dua negeri tersebut dalam Persekutuan Malaysia? (Sepatut ...nya di terangkan atau masuk kan 18/20 point agreement dalam buku sejarah so diorang tak payah nak soal2 dah..Ringkas sahaja :

Persekutuan atau dalam bahasa Inggeris ‘Federation’, bermaksud dua kerajaan, atau lebih, bergabung untuk membentuk satu negara… tetapi sempadan masing-masing tidak terusik. Sama macam empat buah rumah buat satu kampung kecil. Kita sekampung dalam Malaysia, tetapi sempadan rumah aku, sempadan rumah engkau dan apa kita buat dalam rumah kita… masing-masing punya hak. Isteri aku engkau jangan usik. Anak perempuan aku kalau engkau nak, engkau masuk meminang. Pokok durian aku dan ayam ternakan aku kalau engkau nak, aku boleh sedekahkan.

Fakta Sejarah :

Sarawak secara rasmi Merdeka pada 22 Julai 1963.

Sabah secara rasmi Merdeka pada 31 Ogos 1963

 Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

P/S: antara punca konfrantasi Indonesia-Malaysia 1962-1963. Pelik pulak paduhal Sarawak dulu dibawah Kesultanan Brunei..dan Sabah?

Lawak atau realiti - Media Malaysia

Situasi sebenar: seorang nenek pergi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian.

Buletin Utama: nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari

Utusan Malaysia: nenek mati dilanggar beca propaganda pembangkang

Harakah: kami tiada beca

Malaysiakini: beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah.....

Twitter@najibrazak: nenek sanggup mati kerana ubi menunjukan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari ramai

Blog Melayu paranoid: keraguan sijil halal ubi kentang punca nenek mati dilanggar beca

Perkasa@Ibrahim Ali: sampai bila kita nak tengok nenek-nenek melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang cina dan india? Melayu perlu bangun menentang

Pancaindera: kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru Davud Teo; Beca Gengster

Mastika: misteri penarik beca; temubual eklusif dengan hantu ubi

Samy Vellu: beca tak bayar tol dicari

Blog pakatan paranoid: seorang nenek mati dilanggar polis berhadapan kedai ubi beca.

Tuesday 24 July 2012

Sehebat mana pun kita - semua atas kehendak Allah..

Cinta tak pernah tahu bila ia datang dan juga bila ia pergi
Tak pernah tahu kepada siapa cinta itu diberi
Tak pernah tahu bagaimana cara melupakan dan melepaskannya
Kerana sehebat apapun kita tak mungkin dapat membuat bahkan membuang cinta.

Kecuali atas kehendak Allah.
Cinta seperti air ialah hal yang sangat diharapkan dan diperlukan oleh semua insan
Akan tetapi kadang kala ia justeru membuat kita gelisah, sedih, bahkan terluka
Cinta bagaikan angin.

Tak dapat terlihat namun sangat jelas kita rasakan
Seperti titisan air hujan yang tak dapat kita hitung seberapa banyak
Seperti samudera yang tak dapat ditimbang seberapa beratnya.


Cinta itu menjaga bukan merosak
Cinta itu dipelihara bukan di sia-siakan
Cinta itu diagungkan bukan direndahkan
Cinta itu mengasihi bukan menyakit.

Thursday 19 July 2012

Berubah demi Allah lebih bermakna

Assalamualaikum wbt,

InsyaAllah, semoga ada diantara kita atau teman-teman yang memulakan hijrah dari keburukan kepada kebaikan. Namun, segala bimbingan dan sokongan dari teman-teman, keluarga dan persekitaran amat penting untuk menghadapi pelbagai jenis dugaan ke atas perubahan tersebut.

Mengimbau melalui pengalaman saya sendiri, penghijrahan ke arah negatif dan terlibat dengan masalah-masalah terutama nya keruntuhan akhlak bermula zaman remaja atau zaman sekolah menengah. Yang membuatkan saya menyesal sehingga kini adalah saya pernah mengguriskan hati ibu saya sehingga beliau mengeluarkan air mata. Hal ini membuatkan saya terus berazam untuk menebus kembali dosa-dosa silam yang terlalu banyak.

Mungkin belum terlambat untuk saya atau teman-teman untuk berubah. Kadang-kadang dan bila berfikiran waras, saya mula tersedar seketika untuk memikirkan apakah tujuan hidup ini?? kenapa Allah ciptakan manusia di dunia yang penuh dengan tipu daya ini?
Hal ini memerlukan kesabaran yang tinggi dalam mencari ketenangan kerana perjuangan memerlukan beberapa peringkat untuk mencapai ke darjat yang tinggi dan peringkat demi peringkat akan dihadapi dan diuji dengan dugaan yang juga semakin menigkat tahap kesukarannya.

Mereka yang beruntung dan diredhai Allah sahaja akan mampu meneruskan perjuangan mereka dengan jiwa yang tabah menghadapi dugaan satu persatu. Allah tidak akan menguji hamba-hamba-Nya melebihi tahap kemampuan mereka malah Allah menguji mereka untuk melihat tahap kekuatan iman hamba-Nya. Nikmat kasih sayang Allah yang akan diperolehi selepas itu adalah lebih besar setelah nikmat Islam.

Hal ini perlulah dimulai dengan nawaitu yang betul iaitu kerana Allah SWT kerana niat yang menentukan tujuan dan matlamat kita melakukan sesuatu pekerjaan atau sesuatu perkara. Oleh itu, janganlah kita memperlekehkan atau mengata yang bukan-bukan terhadap kebaikan seseorang itu kerana mungkin niat dihatinya benar-benar ikhlas kerana Allah. Hanya mereka dan Allah sahaja yang mengetahui perkara sebenar dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Natijahnya, seharusnya kita memberi sokongan kepada orang di sekeliling kita yang berjuang, memberi kebaikan dan berhijrah memperbaiki diri kerana mereka ini sangat memerlukan pertolongan dan bantuan dari orang-orang yang berada disekeliling mereka. Justeru, buang segala sifat-sifat yang tercela dan negatif di dalam diri kita agar tidak mendatangkan syak, ragu-ragu dan juga dosa kepada golongan ini. Insyallah kita sama-sama boleh berubah dan terus istiqomah dengan muhasabah diri selalu agar memperolehi hidayah Ilahi.

Carilah hidayah Allah itu dengan mengusahakannya, jangalah hanya menunggu hidayah itu datang kepada kita kerana nikmat tidak akan diperolehi tanpa usaha.

Sunday 15 July 2012

Kekasih gelap - Beza Skandal dengan Kekasih gelap?

Ku mencintai mu lebih dari apa pun

Meskipun tiada satu orang pun yang tahu

Ku mencintai mu sedalam-dalam hatiku

Meskipun engkau hanya kekasih gelap ku.

Kekasih gelap ni bukanlah disebabkan pasangannya adalah gelap, oleh kerana hubungan itu tersembunyi maka kekasih tak sah taraf ini dipanggil kekasih gelap. Kawan-kawan sekeliling tidak akan tahu menahu tentang hubungan ini. Rahsia. Bergantung pada individu. Tak seperti normal couple di alam percintaan yang lain, kalau boleh mereka nak war-warkan tentang hubungan mereka pada kawan-kawan, facebook, twitter dll.

Mencintai seseorang dalam rahsia, tanpa pengetahuan orang lain, hanya kedua pasangan sahaja yang tahu mereka bercinta.
Ini bukan perkara baru, dah ramai yang melalui dan merasainya.
Pasti bersebab seseorang pasangan itu perlu menjadi kekasih gelap, antaranya :- ikut hati masing-masing kenapa pasang kekasih gelap. Sendiri mau ingat ler kenapa. Aku tak pakar baca atau luahakan apa yang menyebabkan korang pasang kekasih gelap.

Bukan mudah untuk menjadi seorang kekasih gelap. Hati akan sering kali terluka dan terseksa.
Amat penting bagi suami isteri atau antara kekasih dalam bercinta perlu jujur. Tak perlu disorokkan.
Kebanyak kan isu kekasih gelap ini sering kali muncul akibat kecurangan. Seumpama sebuah perhubungan yang penuh dengan hipokrasi. Di belakang orang bersayang dan bermanja, namun di depan orang terpaksa berlakon ibarat teman biasa.

Kalau serius bercinta pastinya isu kekasih gelap tak akan wujud.

Pada sesiapa yang terasa dirinya seumpama kekasih gelap, buatlah satu keputusan untuk mengubah situasi itu. Jangan biarkan hati terus disakiti dan dilukai

Kenapa nak jadi kekasih gelap kalau tahu tak mampu?
Bukan tak mampu. Lelaki kan tak pernah puas dengan yang satu.? Yang halal disimpan di rumah, yang haram itu lebih nikmat. Ahh! Sama saja lelaki perempuan. Kalau tak bertepuk sebelah tangan tak jadi semua ni. Pokoknya manusia tak pernah puas. Dah nama kekasih biarpun kekasih gelap, sharing is caring kan? "Duit I duit you juga. Kita masing-masing ada komitmen. Kita tempuh susah senang bersama-sama." So dalam erti kata lain, sama-sama menaja satu sama lain. Haha!

Dari kekasih gelap... i prefer to use term "scandal"... sebab skandal lebih kejam kot... kekasih gelap at least u still hv heart for him pastu willing to share la hape... plus scandal easy come easy go.

Jangan terlalu berharap lebih

Memiliki keinginan itu sudah menjadi sesuatu yang wajib dan kebiasaan dalam kehidupan kita, dan berusaha untuk memperoleh keinginan tersebut adalah kewajiban hidup. Tetapi tidak semua nya tercapai dan bagaimana jika keinginan itu tidak pernah dicapai? Jangan terlalu berharap lebih pada sesuatu yang belum tentu kita akan miliki kerana ia juga akan merosak kan diri kita sendiri jikalau terlalu mengikut perasaan. Kerana bila kita terlalu berharap, kita selalu hilang pertimbangan ketika situasi atau sesuatu itu tidak memihak kepada kita. Setiap orang boleh sahaja memiliki sebuah harapan yang tinggi, tapi kita juga harus sedar diri dengan keadaan kita sendiri.

Maksud dari jangan terlalu berharap adalah jika kita sudah berusaha sesungguh dan sebaik mungkin untuk mendapatkan apa yang kita inginkan, dan itu sulit untuk kita peroleh, lebih baik kita tinggalkan dan mencari sesuatu hal yang baru yang mungkin lebih mudah untuk kita gapai.

Untuk mendapatkan sesuatu memang menurut sebagian orang harus berusaha keras. Kerana dengan kerja keras kita akan mendapatkan hasil yang memuaskan tapi tidak semua. Tapi kita juga jangan terlalu berharap pada sesuatu, karena kesudahan yang akan diakibatkan pastilah tidak baik. Contoh mudah, berharap cinta dari seseorang, kita boleh-boleh saja mengharapkan cinta tersebut. Kita juga harus tahu dan bersedia menanggung dan berhadapan dengan apa  yang akan kita terima.

Terus berharap dan berharap dan tak ada kepastian memang sangat menyebalkan. Kenapa bagi sebagian orang sulit untuk memberi keputusan dan hanya mengulur-ngulur waktu saja. Lebih baik tahu sekarang meskipun menyakitkan, dari pada ditunda-tunda tapi akan lebih menyakiti perasaan kita. kata orang cinta itu memang tak selamanya indah
 
Adios and Al Vida
Xeul....

Monday 2 July 2012

Belajar Melupakan Seseorang

Bersedia dan tabahlah untuk melupakan seseorang yang bererti dalam hidup kita, ia adalah amat sulit untuk dilakukan. Ternyata yang dibicarakan dan yang dilakukan tidak sama. Banyak yang mengatakan jika melupakan seseorang itu mudah, tapi tidak semua orang boleh melakukan hal tersebut. Buktinya saya sendiri (saje je ambik contoh), sampai sekarang belum dapat melupakan seseorang yang berharga di dalam diriku. Meskipun lama kelamaan terasaa hilang, tetapi hati masih meronta untuk bersama dia.

Tapi melupakan adalah tuntutan yang harus kita jalani, bila kita terpuruk dengan suatu hal yang tidak pasti, akan mempalit  buruk bagi hidup kita. Contonya cinta, jika si dia sudah pergi dan melupakan kita, kenapa kita tidak boleh melupakannya juga. Dengan berharap memang tidak ada salahnya, tapi jika dia tidak pernah memberi harapan sedikitpun, apa kita akan memaksa??? semua itu erat kaitannya dengan cinta dan benci. karena biasanya cinta dan benci selalu berhubungan.

Jikapun kita memaksakan kehendak, hasilnya pun tidak akan sebaik dengan apa yang kita inginkan. Karena cinta tidak boleh dipaksa. Paksaan itu sama saja dengan pembunuhan hati.

Sebenarnya banyak cara yang boleh dilakukan untuk melupakan seseorang, dan itu terpulang kepada individu bagaimana cara nya. Salah satunya adalah berkumpul dengan sahabat terbaik kita, dengan begitu masalah yang kita miliki pasti akan berkurang. Mereka sedikit sebanyak menghibur dan memberi saranan atau nasihat kepada kita yang sedang dilanda masalah.

Jadi intinya, jangan takut untuk kehilangan cinta dan melupakannya. Karena cinta didunia ini bukan hanya milik dia seorang. Masih banyak cinta-cinta yang lain menunggu kita. Tergantung bagaimana kita untuk mendapatkannya. semangat terus buat kalian untuk menghadapi hidup. :)


Al Vida,
Xeul..