Powered By Blogger

Sunday 28 August 2011

Hari Raya Greeting

al-salāmu 'alaykum; selamat sejahtera ke atas kamu semua; peace be upon you

I would like to take this opportunity to wish you all a very happy, selamat, prosperus, great meaninful Hari Raya Aidilfitri to all my Muslim friends...Maaf Zahir Batin...


...To all who's driving back to hometown...please drive carefully...think of the love one...have a safe journey...


To non-muslim...feel free to come and visit ur muslim friends. 1Malaysia

Diari Menjelang Hari Raya

Hari ni 29.08.2011 maybe last puasa, InsyaAllah esok Raya dan aku masih berada di KLIA LCC Terminal belum balik nak beraya. Next flight pukul 8 malam (memang pon,sebab my parents and family semua non muslim –aku convert) So aku beraya dirumah rakan taulan terdekat. Kuala Terengganu untuk ke-3 kali berturut turut.  Tapi sedih jugak la tengok orang lain beraya dengan family semua. Aku? Tapi Alhamdullilah kerana ramai kawan yang sanggup menerima aku sebagai sebahagian dari diorang. Hanya Allah yang dapat membalas.


Walaupun terubat dan gembira dapat beraya dengan kawan2 semua, tapi jauh di lubuk hati aku sunyi dan ingin merasa beraya dengan family sendiri. Abang sulong kahwin melayu tapi tak berapa rapat, segan lak nak datang beraya rumah diorang..


Tahun ni, aku beraya agak simple maklum budget lari. Kompeni lak mak mai aiii  kedekut nak mampos tak bagi bonus.  Ya Allah, bukakan la hati diorang tu kalau hati diorang hidup lagi la.


Kad raya, tahun ni Cuma dapat satu jer. (tak nak kad, nak duit raya)

Ending, kepada semua yang ada family, parent. Balik ok jgn tak balik. Sementara diorang masih ada. Macam saya tak ada family pun buat2 tak malu balik rumah orang..hahaha..

Hingga ketemu lagi untuk next update.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

“Drive safely”

Wednesday 17 August 2011

Boss Bukannya Sentiasa Betul

السلام عليكم al-salāmu 'alaykum; selamat sejahtera ke atas kamu semua

Sekalian kali dalam rutin kehidupan seharian, terdetik jugak hati untuk menulis satu kilasan tentang suasana di alam pekerjaan.

Boss are always right adalah satu fahaman yang telah diterapkan secara turun-temurun dan dijadikan sebagai mindset untuk setiap pekerja. Untuk sesetengah orang, boss are always right adalah satu pegangan. Mereka percaya bahawasanya boss yang mereka miliki adalah seorang yang berkredibiliti, berkaliber, berdedikasi dan segala jenis ber lagi. Hakikatnya, kebanyakan golongan pekerja terpedaya dan taksub dengan status boss itu sendiri.
Menjadi boss adalah seronok. Semua orang teringin nak menjadi boss. Ini kerana apa yang boss cakap akan dituruti oleh anak buah.
Menjadi pengurus adalah mudah tapi nak menjadi pemimpin bukannya senang. Seorang boss yang bagus mestilah merupakan individu yang memiliki sifat-sifat seorang pengurus dan pemimpin. Setiap tindak tanduk atau keputusan yang dibuat hendaklah mengambil kira kesan dan akibat untuk masa semasa dan masa akan datang.

Seorang boss yang bagus juga tak boleh bersifat self-centered. .

Boss are always right bagi gua secara peribadi adalah satu pegangan yang mengarut. Jujurnya, gua tak pernah percaya yang boss are always right. Apa yang betul adalah betul dan apa yang salah adalah salah. Jika arahan diberikan oleh boss, tak bermakna semuanya adalah betul dan tak bermakna orang bawah tak boleh persoalkan. Kadang-kadang, cakap orang bawah, boss kena dengar jugak sebab kadang-kadang, boss lagi bodoh dari orang bawah.

Boss are always right bukan satu alasan yang baik untuk gua hormat kepada boss gua. Boss yang deserve penghormatan daripada gua, dia akan dapat. Bagi yang tak layak, jangan mimpi gua nak hormat. Hormat gua tak mungkin dapat dijual beli.
Kata orang (Cewah Blook), anak muda ini datang dengan dreams. Orang tua pula punyai vision. Jika kedua-dua dreams dan vision ini bersatu, hasilnya sangat tidak terduga bagusnya. Gua punya dreams. Boss gua punya vision. Gua rasa dreams gua dan vision boss gua tak mungkin akan bersatu. Gua kena cari boss baru

Saturday 13 August 2011

Si dia mula ‘memasang’ yang lain atau curang

Hampir setiap pasangan mengalami situasi orang yang disayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.

Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?

Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?

Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:

Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.

Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.

Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.
Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.

Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.
Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.

Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.
Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda

Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.
Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.

Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Tidak lagi rajin menelefon anda

Wednesday 10 August 2011

Tak dapat Bonus pun tak apa tapi; hati yang hampa menbawa seribu makna..

Sape yg tak nak bonus kan.. Bukan setakat bonus, tiap hari kepala otak ni berangan gaji naik tapi semua tu hampeh belaka dan celaka. Elaun, bonus, atau lain lain elaun tu jauh nak mampus. Nak bagi kurma time puasa pun tak ada. Teringat majikan berbangsa Cina, at least dia bagi duit raya and kurma time buka. Tapi majikan sekarang Islam jugak, lantak la dia (ku sumpah dengan setiap hembusan nafasku). Kitaorang ni pun hidup macam depa jugak dan bayar segala bagai keperluan.  Barang dan keperluan sekarang macam mak nenek yg semakin hari semakin tak tertanggung kos dia.

Kalau zaman sekolah dulu 1990an, bawak 50 sen dah boleh beli mee goeng bungkus yang kecik dan air sirap di kantin sekolah. Tp sekarang ni, kurang-kurang pun RM6.00 baru dpt semua tu.

Kekadang terfikir jugak apa masalah ni? Gaji tak cukup ke barang makin mahal?

Sekarang ni kalau tak berutang tak berharta la alamat nya. Mana nak simpan, nak bagi parent, nak bercuti, nak beli baju baru dan segala bagai.. Klu emergency, alamak Along yg jd mangsa kalau dah tak ada pilihan tak pun sanggup menjual  (nyundal)..hahaha(belum lagi sampai tahap ni)

Dgn keadaan sekarang, gaji naik 200 hengget tiap tahun pun belum tentu dpt kejar kenaikan semua harga barang dan keperluan harian.. Mana taknya, bonus tiap tahun belum tentu dapat(memang tak pernah dapat-celaka tul la..hahahhaa), tp petrol, harga barang, elektrik dah naik 2-3 kali. Negara pendapatan tinggi tengkorak dia..dia yang dapat tinggi, rakyat maheran ni apa pun tak ada perubahan dari segi kenaikan gaji..Bonus tolak tepi umpama pungguk tunggu bulan berak kan tahi bintang.

Renungan, klu dapat bonus pun jauh sekali... Jadi... Adakah majikan kita hidup dengan hati yang mati (tak ada perasaan)


InsyaAllah...amin3x buka kan hati mereka seadanya...celik kan mata bukakan minda para2 hambamu Ya Allah. 

* Luahan ini tidak kene mengena pada yang telah meninggal dunia..ini kerana para-para majikan yang tak bagi Bonus tu masih hidup. Angin kus kus mendatangi bila member2 dapat bonus belaka...

peace no war

Saturday 6 August 2011

Kemuliaan bulan Ramadhan dan Berpuasa

Assalamu’alaikum wbt.

Sudah agak lama menyepi tak update blog..Tetiba tak ada idea, ye la bila menjelang bulan Ramadhan ni gementar takut tak tahan berpuasa. Kena la tidur awal untuk sahur. Selalu nya rutin siang kerja so malam je ada masa terluang untuk perah idea or mengarut pe pe jer kat blog..

Kenapa berpuasa dan apa hikmah dan rahmat nya.

Puasa di bulan ramadhan ni banyak jugak hikmah nya. Selain dari jasmani (* dengan izin~~termasuk pergaulan antara suami isteri, demi mematuhi perintah Allah). Kita juga harus menahan dari makan dan minum meskipun iya nya halal, iaitu  semenjak terbit nya fajar hingga terbenam nya matahari. Bukan sahaja telah diwajibkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda,malah dibulan Ramadhan Allah telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim,yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membezakan yang benar dengan yang salah.

Puasa juga keadaan dimana kita di uji dan harus mengawal perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, mengawal dari sifat tamak dan rakus terutama nya ketika hendak berbuka, dan hayati apa erti sebenarnya puasa. Kepada yang suka mengumpat, mengeji, dengki ni la masa nya korang berehat sebentar. Tak lama, sebulan jer.

Berpuasa lah ke arah yang membawa kerahmatan dan faedah

Puasa bukan setakat manahan makan minum, kita harus bersyukur kerana di tempat lain, ada umat manusia berpuasa setiap hari. Makanlah la secara sederhana, kata orang makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.

Nabi s.a.w.juga bersabda:

“Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar, dan makan tidak kenyang.”

Puasa juga sudah lama diperintahkan kepada umat manusia dan ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T seperti berikut.

“Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.” (S.al-Baqarah:183)

Allah berfirman yang maksudnya:

“Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (surah Al-A’raf:31)

Tuesday 2 August 2011

Sinopsis Ramadhan Ku...

Time Ramadhan...
Ah...aku ni memang wajib sahur, biasa la kalau dah kuat makan bagai... Jadi kalau termiss sahur karang mula la gestrik nyerang..

TimeSahur....
Pagi-pagi sahur x ada menda lain menu nye-telur dadar and ayam goreng..biasa la duduk bujang nih... Pelik lak selera time pose nih, ye la time tu ler gatai teringin nak makan segala bagai especially kailan ikan masin and BEBOTOK ikan (dulu duk kat Johor-selalu gak makan sb Kakak angkat meniaga makanan, tapi selalu habis sb laku siot bebotok dia..tapi kakadang dia simpan untuk aku n free...Semoga roh nya dicucuri rahmat...rindu lak kat Johor..time poser la apa aku nak kakak angkat masak semua..hehehe..manja x malu aku nih..)...skang nih situasi dah lain dan malas lak masak pagi2(ya la selama ni ada orang tolong masakan)aku just melantak ajer..
Lagi satu masalah- susah lak nak cari ramuan or rempah kat Bintulu place like no others nih....hambik ko kalau hantu malas dah meroyan dalam diri-segala bagai alasan keluar... .kalau sahur tu pun makan mate pejam, mcmana nak masak...kang terbakar..kan sapa susah..doktor dan keluarga dia jugak..(apa aku merepek nih)

Time Lepas Sahur
Pas makan apalagi szzzzzambung balik tidur sebab mata mengada manja nak tidur/penat. Tapi kadang layan Astro terus..(tv lak tengok aku kekadang-membazir letrik)

Time mencari rezeki...
Banyak dugaaan sebab ada member non muslim- time tu la diorg makan sedap2...
Skang nih malas lak nak drive kete sebab selalu tak ada tempat parking..ada la makhluk ni dah ada disediakan tempat parking gatal berela lak parking kat luar..x reti bersyukur ker? Orang dah bagi tempat tu pegi la berambus ke situ...nih tidak..oppsss!!!..x baik emo2 nih...

Time lain-lain..
Raya dah nak dekat...dulu ada gak dapat duit raya..sekarang hampeh..BONUS keje?.jauh sekali..go to h*** gitew..

Selamat Berpuasa semua. Poser jgn x poser...
 
** Dulu zaman remaja kalau puasa penuh dapat RM10 sehari..hahahaha...