Powered By Blogger

Monday 31 October 2011

KASIH IBU SEPANJANG MASA

Saat saat bahagia kita tidur terlelap di pangkuan ibu
Ibu tak bergerak demi kita, lantaran takut kita terbangun.
Senyum ibu menghantarkan tidur nyenyak kita.
Terima kasih Ibu..
Ibu juga berusaha menyayangi aku, dengan penuh cinta. Ibu tak pernah menularkan deritanya kepada kami adik beradik, karena ibu tak mau kami juga merasakan derita apa yang saat itu ibu rasakan.
Ibu selalu memberi senyum kehangatan saat ku tatap sekalipun terluka.
Aku menangis dipelukan ibu, aku merasakan derita ibu dengan batinku. Aku tak mampu berbuat apa-apa, karena semua nya sudah suratan takdir dan telah pergi selamanya kerana Ibu mengihap penyakit yang membawa maut tahap ke-3. .

Di waktu kecil, ketika menemani Ibu ke kebun untuk memetik lada Hitam/menanam padi dan menoreh getah. Aku selalu merungut sebab aku berfikiran umur seusia aku tidak seharus nye melalui dan membuat itu semua.
Tetapi Ibu hanya bersabar mendengar rungutan aku. Dan ada ketika terik matahari menyengat ibu, ibu akan cuba melindungi aku. Cari tempat berteduh,ssekarang sudah terlambat untuk aku meminta maaf  dan membalas kasih sayangnku kepada Ibu kerana sikap aku ketika itu. Dan sekarang aku sedar atas itu semua aku dapat belajar berdikari. Ya, aku hanya ingat aku ada Ibu untuk bergantung hidup. Ternyata aku tersilap tetapi aku dapat sedikit ketabahan atas didikan Ibu.

APAKAH KITA TAHU SAAT KECIL, IBU SELALU MEMBELAI DAN MEMBERI SENYUM KEHANGATAN DIBALIK DERITA IBU, DIBALIK LUKA IBU?
MENGAPA KITA TIDAK PERNAH MENYADARI SEMUA, SAAT KINI KITA SUDAH CUKUP BESAR DAN DEWASA?
AKANKAH TETAP LUPA DENGAN JASA DAN PENGORBANAN IBU?
“Ibu… Cintamu Tak Pernah Pudar Oleh Ajal”
Kasih sayangmu banyak telah kau berikan padaku, aku belum dapat membalas budi baikmu ibu. Tapi kini kita telah berpisah antara dua dunia, hanya belaian kasih hangatmu tetap utuh dalam ingatan dan membalutku selalu..damai dekapan ibu tersemai abadi dalam hidupku
Terkadang kita baru menyadari besarnya kasih sayang ibu terhadap kita dan akan terasa di saat ibu sudah tiada…

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya.
Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah‘ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.
......Betapa aku amat merindui Ibuku disaat ini...... Maka sayangi la Ibu anda

Friday 28 October 2011

Being single at 28 and how its feel..

I can’t say that I ever thought I’d be single still at age 28 0r more than 30?, but I am, and I don’t regret it, not that I wouldn’t like to be married (I very much would), but I’ve had opportunities and experiences being single thus far in life, that I cherish, and wouldn’t trade.
Most of the people that I interact with in my life have no idea what it’s like to be single and 28, so what? Who the hell ask you to married earlier then?
Here my life experinece being sinle for some want to know how it feel... here you go
I’m tired of waking up by myself. I roll over and there’s plenty of room in my bed; there’s no one waiting for me in the kitchen.
I’m tired of eating breakfast alone. I turn on the TV so there’s some noise while I make my food. It’s not conversation, but it’s better than silence.

I’m tired of having things happen during the day and having no one to tell when I get home. The baby at work who randomly started screaming.

I’m tired of being a third wheel. Or a fifth wheel. Or a seventh wheel. I act like it doesn’t bother me when we’re all hanging out, but really, it becomes just another reminder that I’m alone.

I’m tired of people telling me that they don’t understand why I’m single. Other people, they say, it’s easy to figure out why they’re alone. They’re mean or angry or have no drive. I’m smart, I’m attractive, I’m successful…I should have girls lining up to date. Or so they say. They can’t pick anything out that’s wrong with me so I shouldn’t really be single.

I’m tired of people saying that they’re sure I’ll meet someone who’s wonderful and smart and more beautiful than all of the girls I’ve dated before. And then, they promise, I’ll be so happy that nothing else will matter.

I’m tired of going to weddings alone and having the bride or groom ask why I didn’t bring a date. And then remarking that there won’t be many single girls there. And then seating me at the rejects table because I don’t “belong” with anyone else.

I’m tired of hearing that another one of my ex’s is getting married. Or engaged. Or is in a serious long-term relationship that seems to be “heading somewhere.”

I’m tired of my parents remarking that by my age they already had two kids. And then remarking that they’d like to have grandchildren before they turn 70.

I’m tired of coming home after work to an empty house. I don’t get to discuss the day or ask anyone how their day was.

I’m tired of eating dinner alone, on the floor, in front of the TV. My kitchen table gets no use. There’s no need for setting it when it’s just me eating there.

I’m tired of cooking for one. Which usually means I make too much and either throw the rest out or try to freeze it. But then I have no one to remind me that I have leftovers, so it just goes bad anyways.

I’m tired of unwinding by myself. My couch isn’t nearly as comfortable without someone to cuddle with.
I’m tired of going to bed alone. The bed is always exactly as I left it. My side untucked, the other side tucked. It’s clear that only one person has slept there. And only one person will sleep there again tonight.


Wednesday 26 October 2011

Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat

  1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
  2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
  3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yg meluap2.
  5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
  7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
  12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
  13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
  14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
  16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
  18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
  23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

Tuesday 25 October 2011

Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian…

Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita. Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri. Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri.

Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi. Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta.

Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran. Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti…

Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian…

Monday 24 October 2011

Belajar untuk memaafkan

Puas saya cuba tetapi sukar untuk memaafkan atau melupakan. Entahlah, apa yang buat otak saya ni susah sangat untuk berubah dari menjadi pendendam ni. Tetapi aku pasrah, mungkin ada hikmah supaya saya belajar dari kesilapan lalu dan tidak terlalu mengikut perasaan. Tetapi kebanyakan nya terlalu mengikut nafsu, padan la badan binasa.

Kekadang bila bersendirian saya cuba untuk mengenal diri sendiri. Betapa kerdil dan tidak sempurna nya diri ini di bumi Allah. Ya, kita pun berharap orang lain memaafkan kesalahan seperti mereka juga berharap sama daripada kita. Mana ada manusia di muka bumi ini tidak melakukan kekhilafan?

Dari segi agama bila kita dapat memaafkan seseorang itu dengan tulus ikhlas, ia adalah tindakan yang paling mulia dan InsyaAllah hidup ini akan tenang. Tetapi biasa la, mulut maafkan tetapi dihati sebalik nya. Betapa egois kah kita kerana dapat membohongi orang tetapi kita tak akan dapat menipu hati. Bersihkan la hati kita dari segala palitan seperti itu walau sedikit.

Bagi saya, untuk terus cuba melupakan lisah silam adalah sukar kerana peristiwa tersebut terpahat jauh dalam ke lubuk hati.

Apapun, hidup ini mesti diteruskan. Saya tidak mahu mengenang lagi atau menoleh kebelakang. Biar la ia terpahat dan tersemat abadi di lubuk hati ini. Yang lepas biar la lepas dan berlalu pergi. Yang penting saya akan cuba tidak berdendam. Saya tahu kehidupan ini sentiasa diuji maka saya harus redha. Biarlah selari antara mulut dan hati.

Ya saya, kamu, dia dan mereka-mereka harus belajar memaafkan orang lain.

Bisikkanlah pada diri:

" Aku juga ada melakukan ksilapan pada orang lain. Jadi, jika ada org lain melakukan pkara yg sama kepada kita, anggaplah itu memang kelemahan manusia. Mengapa harus ambil kira ksalahan org lain pada kita saja? itu tidak adil namanya. Hidup di muka bumi ini, bukan lama. Lupakan sahaja perkara2 yg boleh melukakan hati dan merosakkan jiwa. Serahkan saja pada Allah kerana Dia sebaik2 dan seadil2 hakim di sana....Maafkan dia!!!!"


Wednesday 19 October 2011

My story telling- from me with luv.


It took me quite some time to think about what I want to post in my latest blog. Finally I came out with the idea to introduce a little about myself. Some of words, sentences maybe in broken English ok. Of coz la, we Malaysian ma. Like Singaporean they have their own SINGLISH-
Everyone called me Zul. But when I’m in State of Johor my friend call me Azrie. Commonly people will mistake me as a Chinese but sometimes I do get mistaken for other races such as Malay....hik3~looked like Chinese ka? But I’m pure Iban la. I don't know if I really look like that, but I know I don't look like a typical Iban because I also have mixed blood. My grandfather was a mixed Iban-Chinese (means my ancestor was a Chinese), that was what my grandma told me la. I believe that. I won't story-tell about Iban culture or heritage but I will talk about my feeling as an Iban surrounding by non-Ibans.
Sometime Malayan people don’t believe that I’m Sarawakian because my Bahasa dint sounds like others Sarawakian. Sound like pure Johorian? Maybe then, because I am assimilated with other cultures mostly Johorian. Yes, they should because the worst thing I really don’t know my own culture but I can speak Iban fluently.

When I working in KL and I stay with my Malay Semenanjung friends, just wonder until now I didn’t have any Iban friend and little Sarawakians. Sound weird or funny right? But that the true fact lo. Back to KL. When in KL I keep hearing them saying that we Ibans/Dayaks still live in “gua”(cave). What the problem with that, but now we live like you all in KL ma. In house,rerrace, bungalow. But in KL mostly include me that time live in house like Sarang Merpati ? (apartment, condominium ets yang bertingkat tingkat)

Yes true fact that we Ibans hunt people's head but that was a very long time ago. My ancestor one of them-keeping head. But nowdays it becomes a true legend-end of story. When I’m working and travelled in West Malaysia and sometimes I've been asked what do Ibans eat. I just answered we eat just the same as they eat just the way we cook the meal is different. Mee kolok is famous one la instead others (but deep in my heart I want to tell them, Iban eat pork as  most enjoyable meal but don't want to say that as my friends are Malays and I’m Muslim too.hahah..hambek kaw...i do respect them la and my races/my parents/myself as a Muslim-Behave ok...  Semangat 1Malaysia katakan.

I also keep thinking why some West Malaysians asked, is Sarawak currency same as Singapore? Erk?lantak ko la.
Nahhh...whatever... I always proud to be an Iban no matter what...

ngeee~i'm single but my heart already taken..lalalalala. I just fall in love with....jeng jeng jeng..

Tuesday 18 October 2011

Kongsi artikel-Pemikiran Yang Sudah Rosak

Hari ini nak sangat update blog tapi masih sesak nafas, so otak pun payah sangat bergerak. Penangan ubat batuk. Amik ubat batuk yang agak mengantuk kan. Keje pun mamai hari ni, mcm susah nak bercakap. So kali ni just nak share artikel dari laman blog lain je sebagai renungan bersama. Lagipun aku rasa dalam maksud sajak dia ni :


Pemikiran manusia sungguh sudah rosak

Nafsu pun mendesak-desak apa yang dia hendak

Kehendak nafsu juga tidak ada batas dan sempadannya

Kehendak nafsu menggunakan fikiran yang sudah rosak

Sedangkan fikiran pada otak orang yang cerdik di dalam diri manusia

Dengan kekuatan fikiran kehendak nafsu amat lajunya

Fikiran yang sudah rosak hanya memikirkan makan, minum, pakaian, rumah,

kenderaan, seks, nama

Belajar tinggi macam mana sekali pun tetap memikirkan makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks, nama

Perjuangan manusia setakat itu sahaja

Sejauh mana pun mereka mengembara matlamatnya itulah jua

Ke mana pun mereka belajar dengan tujuan apa yang telah dinyata

Soal negara, bangsa bukan urusan mereka

Itu adalah urusan pemimpin negara atau orang politik sahaja

Soal Tuhan, soal agama lebih-lebih lagi tidak ada di dalam kamus hidup mereka

Fikiran semacam ini telah menjangkit kepada umat Islam juga

Rata-rata umat Islam berfikiran makan, minum, pakaian, tempat tinggal,

kenderaan, seks dan nama

Kalau begitulah murah sangat kehidupan ini

Hidup kerana makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks, nama

Kemudian mati selepas itu mereka anggap habis cerita

Mereka lupa selepas mati ada Syurga dan Neraka

Kalau hidup sepertimana yang kita cerita

Jawapannya kebanyakan manusia terjun ke Neraka

Ke Syurga mungkin setiap satu juta seorang sahaja

Sungguh tertipu kebanyakan manusia menilai kehidupan ini di dunia

Kehidupan di dunia sungguh dipandang murah sahaja

Seolah-olah Tuhan jadikan dunia dan manusia untuk seronok-seronok semata-mata

Kemudian mati habis cerita

Selepas mati tidak ada kehidupan lagi

Kehidupan itu hanya semata-mata di dunia sahaja

Kerana itulah kebanyakan manusia hidup di dunia macam orang berkelah sahaja

Berhibur, berseronok, bergembira, bersukar ria

Begitulah kalau fikiran manusia sudah rosak

Sunday 16 October 2011

Suasana hari ahad dalam kehidupanku.

assalamualaikum..........

Bosan la pulak kata nye padahal hari ni la ada masa nak rehat. Tak faham aku ni, selama ni asyik merungut nak rehat kunun sb keje. Ni dah dapat cuti sehari dok kat rumah tanpa berbuat apa2 pun dah sbuk pulak dok merungut2 kata bosan. fuhhh...tu la manusia ni.(insaf di situ) huhu. Bila x dapat merungut bila dah dapat komplen. Apa beza ayat tu eak.

Detik agak cemas di pagi ahad sekitar pukul 4 pagi. Mengalami sesak nafas kerana batuk yang agak teruk sejak dua minggu lalu. Aku hampir pengsan kerana sukar untuk bernafas. Tapi Alhamdullilah semua dah beransur pulih. Tapi masih sakit dan sesak nafas.
Yakni ini adalah hari ahad yang membosankan seperti sebelum nye kerana aku tidak kemana-mana hanya tersadai dirumah melayari internet dan melayan tv. Nasib ada channel sport boleh gak layan tengok perlawanan badminton and volleyball. Tapi sungguh sadiskan hidup macam ni.

Erm. Bila difikirkan sebenarnye best jugak dok berehat sahaja di rumah macam ni kerana ada lagi insane yang bekerja waktu ni. Setiap hari bekerja bangun saja buka mata terus mandi gosok gigi gosok baju pakai baju berlumba difikiran sebab takut tak ada parking kete nanti. Kalau x ada parking, haruss gitew melenggang pepagi jalan..hahahah..

begitulah rutin harian seumur hidupku, kamu? Dia? Dan mereka?

Sunday 9 October 2011

About Attitude

The longer we live, the more we realize the impact of attitude on life. Attitude, to me, is more important than facts. It is more important than the past, the education, the money, than circumstances, than failure, than successes, than what other people think or say or do. It is more important than appearance, giftedness or skill. It will make or break a company... a happy life... a home. The remarkable thing is we have a choice everyday regarding the attitude we will embrace for that day. We cannot change our past... we cannot change the fact that people will act in a certain way. We cannot change the inevitable. The only thing we can do is play on the one string we have, and that is our attitude. I am convinced that life is 10% what happens to me and 90% of how I react to it. And so it is with you... we are in charge of our Attitudes.

Thursday 6 October 2011

Harapan dari pembentangan BAJET 2012


Esok Jumaat tanggal 7 October 2011, BAJET 2012 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Parlimen yang mulia.

Dalam keadaan ekonomi yang kian tak menentu dan kenaikan harga barang seiring dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi, sudah pasti kita mengharapkan Bajet 2012 ini akan memberi faedah dan manfaat yang besar kepada golongan yang berada di peringkat bawahan termasuk saya. Dalam keadaan sekarang susah nak buat dua kerja. Siang kerja tetap malam buat partime. Dulu boleh la sekarang tak larat dah.

Saya rasa bajet kali ni banyak menfokuskan kepada golongan muda atau komuniti muda seperti saya kot..hahaha..acah jer..tapi sekarang undi golongan belia ni la penentu sesebuah kerajaan melalui pilihanraya. Berapa umur kategori belia yer?...hahahaha.

Kita sering mendengar ungkapan 'belia pewaris kepimpinan negara', satu ungkapan yang sering di laung-laungkan untuk memberi mesej yang jelas kepada golongan muda ini bahawa mereka akan mewarisi kepimpinan negara satu hari nanti. Tapi kat Sarawak Ketua Menteri dia dah lapuk hampir 30 tahun. Harap Taib Mahmud bagi peluang kat orang lain. Sarawak ni lebih 2 juta penduduk sikit dari pendatang asing tak kan tak ada kot. Jangan buat dinasti dah la..Ah lari tajuk lak nih....wawawa..hahaha

Oleh itu kita berharap Kerajaan bersungguh dalam menjaga dan memelihara kepenting dan keperluan kita. Ye la kita ni sebahagian dari insan yang menggerakkan pembangunan dan kemajuan Negara Malaysia tercinta. Tak kira la kecik ke besar ke sumbangan kita. Saya yakin kita akan tetap setia bersama kerajaan dalam menjayakan setiap dasar dan transformasi yang telah di laungkan atau digariskan. Ini penting untuk kelangsungan dalam usaha kita mempersiapkan diri dan jati diri menjelang wawasan 2020. InsyaAllah, iya akan dapat dicapai tanpa masalah besar.

Saya yakin Kerajaan telah membuat perancangan dan mekanisme terbaik untuk mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi dan wawasan 2020. Tinggal 8 tahun 2 bulan lebih lagi. Pejam celik je tu..Alamak aku makin tua la.

Apakah buah tangan yang akan diberikan oleh kerajaan kepada kita esok? Nantikan saja la yer. Walau mungkin tak seperti yang kita ingin kan tapi harapan tetap ada. Kerajaan tak mampu nak penuhi semua tapi InsyaAllah kita sama-sama berdoa yang terbaik.
Pss: harap dapat bonus dan harga baranga jgn naik cepat sangat..terkejut beruk tau bila nak bayar

Monday 3 October 2011

Tetap ku melangkah jua

Cepat betul masa berlalu..
Just a few month from now, dah nak tahun 2012 dan aku akan hit 29 tahun. Adanya ramalan bahwa dunia akan berakhir pada tanggal 21 Desember 2012. Bahwa segala sesuatu yang terjadi di alam ini adalah atas kehendak Allah swt dan apabila Dia swt tidak berkehendak maka sesuatu itu tidak akan terjadi. Kiamat merupakan hal ghaib yang harus diimani oleh setiap muslim dan yang hanya diketahui oleh Allah swt saja seperti banyak disebutkan didalam Kitab-Nya maupun Sunnah Nabi saw. Apapun hakikat kebenarannya didalam permasalahan ini tidaklah ada yang mengetahuinya kecuali Allah swt sebagaimana disebutkan didalam Al Qur’an. So aku tak nak cerita panjang pasal menda nih. Allahu Alaam means "allah knows best"

Rasanya dah makin jarang sangat skg ni nak update blog. Huhuhu..kalau boleh x nak angat2 taik ayam. Aku pun tatau nape malas benor nak update. Asyik kerja nak cuti pun cuti dah abis. So sesapa yang ada banyak cuti tu abis kan la. Get a life ok. Hidup ni kejap jer dan pastikan percutian tu menarik. Holiday sana. trip sini. hang out sana. reunion sini. Yang outstation tu jujur k. Jgn amik kesempatan, tak baik. Wah wah.. Same goes to me holiday aku di penuhi dengan meluangkan masa bersama kawan-kawan dan sambil jalan2 tengok tempat orang. Dulu boleh la cuti sakan, skg nih tak dapat since dah banyak komitmen dan barang makin mahal. Bila la nak naik gaji and bonus ni.InsyaAllah..

Paling besh sekali aku dah rancang nak cuti jauh2 next year. InsyaAllah kalau tak ada arang melintang. Dan aku berharap akan dapat kerja baru...huhuhuh...aminnnn..


Minggu ni aku gementar menunggu untuk panggilan second interview. Doa2 kan k..Harap2 dapat

Okeh la. Aku nak sambung balik tengok tv. Batuk lak makin teruk, so esok nak g klinik lagi.. Camno nak buek neh, suara and tekak dah sakit sangat.
Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…