Powered By Blogger

Thursday, 26 July 2012

Lawak atau realiti - Media Malaysia

Situasi sebenar: seorang nenek pergi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian.

Buletin Utama: nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari

Utusan Malaysia: nenek mati dilanggar beca propaganda pembangkang

Harakah: kami tiada beca

Malaysiakini: beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah.....

Twitter@najibrazak: nenek sanggup mati kerana ubi menunjukan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari ramai

Blog Melayu paranoid: keraguan sijil halal ubi kentang punca nenek mati dilanggar beca

Perkasa@Ibrahim Ali: sampai bila kita nak tengok nenek-nenek melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang cina dan india? Melayu perlu bangun menentang

Pancaindera: kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru Davud Teo; Beca Gengster

Mastika: misteri penarik beca; temubual eklusif dengan hantu ubi

Samy Vellu: beca tak bayar tol dicari

Blog pakatan paranoid: seorang nenek mati dilanggar polis berhadapan kedai ubi beca.

No comments:

Post a Comment