Ku mencintai mu lebih dari apa
pun
Meskipun tiada satu orang pun yang
tahu
Ku mencintai mu sedalam-dalam
hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelap
ku.
Kekasih gelap ni bukanlah disebabkan pasangannya adalah gelap, oleh kerana hubungan itu tersembunyi maka kekasih tak sah taraf ini dipanggil kekasih gelap. Kawan-kawan sekeliling tidak akan tahu menahu tentang hubungan ini. Rahsia. Bergantung pada individu. Tak seperti normal couple di alam percintaan yang lain, kalau boleh mereka nak war-warkan tentang hubungan mereka pada kawan-kawan, facebook, twitter dll.
Mencintai seseorang dalam rahsia, tanpa pengetahuan orang lain, hanya kedua pasangan sahaja yang tahu mereka bercinta.
Ini bukan perkara baru, dah ramai
yang melalui dan merasainya.
Pasti bersebab seseorang pasangan itu
perlu menjadi kekasih gelap, antaranya :- ikut hati masing-masing kenapa pasang kekasih gelap. Sendiri mau ingat ler kenapa. Aku tak pakar baca atau luahakan apa yang menyebabkan korang pasang kekasih gelap.
Bukan mudah untuk menjadi seorang
kekasih gelap. Hati akan sering kali terluka dan terseksa.
Amat penting bagi suami isteri atau antara kekasih dalam bercinta perlu
jujur. Tak perlu disorokkan. Kebanyak kan isu kekasih gelap ini sering kali muncul akibat kecurangan. Seumpama sebuah perhubungan yang penuh dengan hipokrasi. Di belakang orang bersayang dan bermanja, namun di depan orang terpaksa berlakon ibarat teman biasa.
Kalau serius bercinta pastinya isu
kekasih gelap tak akan wujud.
Pada sesiapa yang terasa dirinya
seumpama kekasih gelap, buatlah satu keputusan untuk mengubah situasi itu.
Jangan biarkan hati terus disakiti dan dilukai
Kenapa nak jadi kekasih gelap kalau tahu tak mampu?
Bukan tak mampu. Lelaki kan tak pernah puas dengan yang satu.? Yang halal disimpan di rumah, yang haram itu lebih nikmat. Ahh! Sama saja lelaki perempuan. Kalau tak bertepuk sebelah tangan tak jadi semua ni. Pokoknya manusia tak pernah puas. Dah nama kekasih biarpun kekasih gelap, sharing is caring kan? "Duit I duit you juga. Kita masing-masing ada komitmen. Kita tempuh susah senang bersama-sama." So dalam erti kata lain, sama-sama menaja satu sama lain. Haha!
Dari kekasih gelap... i prefer to use term "scandal"... sebab skandal lebih kejam kot... kekasih gelap at least u still hv heart for him pastu willing to share la hape... plus scandal easy come easy go.
No comments:
Post a Comment