
Assalamualaikum wbt,
InsyaAllah, semoga ada diantara kita atau teman-teman yang memulakan hijrah dari keburukan kepada kebaikan.
Namun, segala bimbingan dan sokongan dari teman-teman, keluarga dan persekitaran amat penting untuk menghadapi pelbagai jenis dugaan ke atas perubahan
tersebut.
Mengimbau melalui pengalaman saya sendiri, penghijrahan ke arah negatif dan terlibat dengan masalah-masalah terutama nya keruntuhan akhlak bermula zaman remaja atau zaman sekolah menengah. Yang membuatkan saya menyesal sehingga kini adalah saya pernah mengguriskan hati ibu saya sehingga beliau mengeluarkan air mata. Hal ini membuatkan saya terus berazam untuk menebus kembali dosa-dosa silam yang terlalu banyak.
Mungkin belum terlambat untuk saya atau teman-teman untuk berubah. Kadang-kadang dan bila berfikiran waras, saya mula tersedar
seketika untuk memikirkan apakah tujuan hidup ini?? kenapa Allah ciptakan
manusia di dunia yang penuh dengan tipu daya ini?
Hal ini memerlukan kesabaran yang tinggi dalam mencari
ketenangan kerana perjuangan memerlukan beberapa peringkat untuk mencapai ke
darjat yang tinggi dan peringkat demi peringkat akan dihadapi dan diuji dengan
dugaan yang juga semakin menigkat tahap kesukarannya.
Mereka yang
beruntung dan diredhai Allah sahaja akan mampu meneruskan perjuangan mereka
dengan jiwa yang tabah menghadapi dugaan satu persatu. Allah tidak akan menguji
hamba-hamba-Nya melebihi tahap kemampuan mereka malah Allah menguji mereka untuk
melihat tahap kekuatan iman hamba-Nya. Nikmat kasih sayang Allah yang akan
diperolehi selepas itu adalah lebih besar setelah nikmat Islam.
Hal ini
perlulah dimulai dengan nawaitu yang betul iaitu kerana Allah SWT kerana niat
yang menentukan tujuan dan matlamat kita melakukan sesuatu pekerjaan atau
sesuatu perkara. Oleh itu, janganlah kita memperlekehkan atau mengata yang
bukan-bukan terhadap kebaikan seseorang itu kerana mungkin niat dihatinya
benar-benar ikhlas kerana Allah. Hanya mereka dan Allah sahaja yang mengetahui
perkara sebenar dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.
Natijahnya,
seharusnya kita memberi sokongan kepada orang di sekeliling kita yang berjuang,
memberi kebaikan dan berhijrah memperbaiki diri kerana mereka ini sangat
memerlukan pertolongan dan bantuan dari orang-orang yang berada disekeliling
mereka. Justeru, buang segala sifat-sifat yang tercela dan negatif di dalam diri
kita agar tidak mendatangkan syak, ragu-ragu dan juga dosa kepada golongan ini.
Insyallah kita sama-sama boleh berubah dan terus istiqomah dengan muhasabah diri
selalu agar memperolehi hidayah Ilahi.
Carilah hidayah Allah itu dengan
mengusahakannya, jangalah hanya menunggu hidayah itu datang kepada kita kerana
nikmat tidak akan diperolehi tanpa usaha.