Hari ini nak sangat update blog tapi masih sesak nafas, so otak pun payah sangat bergerak. Penangan ubat batuk. Amik ubat batuk yang agak mengantuk kan. Keje pun mamai hari ni, mcm susah nak bercakap. So kali ni just nak share artikel dari laman blog lain je sebagai renungan bersama. Lagipun aku rasa dalam maksud sajak dia ni :
Pemikiran manusia sungguh sudah rosak
Nafsu pun mendesak-desak apa yang dia hendak
Kehendak nafsu juga tidak ada batas dan sempadannya
Kehendak nafsu menggunakan fikiran yang sudah rosak
Sedangkan fikiran pada otak orang yang cerdik di dalam diri manusia
Dengan kekuatan fikiran kehendak nafsu amat lajunya
Fikiran yang sudah rosak hanya memikirkan makan, minum, pakaian, rumah,
kenderaan, seks, nama
Belajar tinggi macam mana sekali pun tetap memikirkan makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks, nama
Perjuangan manusia setakat itu sahaja
Sejauh mana pun mereka mengembara matlamatnya itulah jua
Ke mana pun mereka belajar dengan tujuan apa yang telah dinyata
Soal negara, bangsa bukan urusan mereka
Itu adalah urusan pemimpin negara atau orang politik sahaja
Soal Tuhan, soal agama lebih-lebih lagi tidak ada di dalam kamus hidup mereka
Fikiran semacam ini telah menjangkit kepada umat Islam juga
Rata-rata umat Islam berfikiran makan, minum, pakaian, tempat tinggal,
kenderaan, seks dan nama
Kalau begitulah murah sangat kehidupan ini
Hidup kerana makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks, nama
Kemudian mati selepas itu mereka anggap habis cerita
Mereka lupa selepas mati ada Syurga dan Neraka
Kalau hidup sepertimana yang kita cerita
Jawapannya kebanyakan manusia terjun ke Neraka
Ke Syurga mungkin setiap satu juta seorang sahaja
Sungguh tertipu kebanyakan manusia menilai kehidupan ini di dunia
Kehidupan di dunia sungguh dipandang murah sahaja
Seolah-olah Tuhan jadikan dunia dan manusia untuk seronok-seronok semata-mata
Kemudian mati habis cerita
Selepas mati tidak ada kehidupan lagi
Kehidupan itu hanya semata-mata di dunia sahaja
Kerana itulah kebanyakan manusia hidup di dunia macam orang berkelah sahaja
Berhibur, berseronok, bergembira, bersukar ria
Begitulah kalau fikiran manusia sudah rosak
No comments:
Post a Comment