Powered By Blogger

Monday, 24 October 2011

Belajar untuk memaafkan

Puas saya cuba tetapi sukar untuk memaafkan atau melupakan. Entahlah, apa yang buat otak saya ni susah sangat untuk berubah dari menjadi pendendam ni. Tetapi aku pasrah, mungkin ada hikmah supaya saya belajar dari kesilapan lalu dan tidak terlalu mengikut perasaan. Tetapi kebanyakan nya terlalu mengikut nafsu, padan la badan binasa.

Kekadang bila bersendirian saya cuba untuk mengenal diri sendiri. Betapa kerdil dan tidak sempurna nya diri ini di bumi Allah. Ya, kita pun berharap orang lain memaafkan kesalahan seperti mereka juga berharap sama daripada kita. Mana ada manusia di muka bumi ini tidak melakukan kekhilafan?

Dari segi agama bila kita dapat memaafkan seseorang itu dengan tulus ikhlas, ia adalah tindakan yang paling mulia dan InsyaAllah hidup ini akan tenang. Tetapi biasa la, mulut maafkan tetapi dihati sebalik nya. Betapa egois kah kita kerana dapat membohongi orang tetapi kita tak akan dapat menipu hati. Bersihkan la hati kita dari segala palitan seperti itu walau sedikit.

Bagi saya, untuk terus cuba melupakan lisah silam adalah sukar kerana peristiwa tersebut terpahat jauh dalam ke lubuk hati.

Apapun, hidup ini mesti diteruskan. Saya tidak mahu mengenang lagi atau menoleh kebelakang. Biar la ia terpahat dan tersemat abadi di lubuk hati ini. Yang lepas biar la lepas dan berlalu pergi. Yang penting saya akan cuba tidak berdendam. Saya tahu kehidupan ini sentiasa diuji maka saya harus redha. Biarlah selari antara mulut dan hati.

Ya saya, kamu, dia dan mereka-mereka harus belajar memaafkan orang lain.

Bisikkanlah pada diri:

" Aku juga ada melakukan ksilapan pada orang lain. Jadi, jika ada org lain melakukan pkara yg sama kepada kita, anggaplah itu memang kelemahan manusia. Mengapa harus ambil kira ksalahan org lain pada kita saja? itu tidak adil namanya. Hidup di muka bumi ini, bukan lama. Lupakan sahaja perkara2 yg boleh melukakan hati dan merosakkan jiwa. Serahkan saja pada Allah kerana Dia sebaik2 dan seadil2 hakim di sana....Maafkan dia!!!!"


No comments:

Post a Comment