Sudah agak lama menyepi tak update blog..Tetiba tak ada idea, ye la bila menjelang bulan Ramadhan ni gementar takut tak tahan berpuasa. Kena la tidur awal untuk sahur. Selalu nya rutin siang kerja so malam je ada masa terluang untuk perah idea or mengarut pe pe jer kat blog..
Kenapa berpuasa dan apa hikmah dan rahmat nya.
Puasa di bulan ramadhan ni banyak jugak hikmah nya. Selain dari jasmani (* dengan izin~~termasuk pergaulan antara suami isteri, demi mematuhi perintah Allah). Kita juga harus menahan dari makan dan minum meskipun iya nya halal, iaitu semenjak terbit nya fajar hingga terbenam nya matahari. Bukan sahaja telah diwajibkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda,malah dibulan Ramadhan Allah telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim,yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membezakan yang benar dengan yang salah.
Puasa juga keadaan dimana kita di uji dan harus mengawal perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, mengawal dari sifat tamak dan rakus terutama nya ketika hendak berbuka, dan hayati apa erti sebenarnya puasa. Kepada yang suka mengumpat, mengeji, dengki ni la masa nya korang berehat sebentar. Tak lama, sebulan jer.
Berpuasa lah ke arah yang membawa kerahmatan dan faedah
Puasa bukan setakat manahan makan minum, kita harus bersyukur kerana di tempat lain, ada umat manusia berpuasa setiap hari. Makanlah la secara sederhana, kata orang makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.
Nabi s.a.w.juga bersabda:
“Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar, dan makan tidak kenyang.”
Puasa juga sudah lama diperintahkan kepada umat manusia dan ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T seperti berikut.
“Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.” (S.al-Baqarah:183)
Allah berfirman yang maksudnya:
“Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (surah Al-A’raf:31)
No comments:
Post a Comment