Powered By Blogger

Wednesday, 17 August 2011

Boss Bukannya Sentiasa Betul

السلام عليكم al-salāmu 'alaykum; selamat sejahtera ke atas kamu semua

Sekalian kali dalam rutin kehidupan seharian, terdetik jugak hati untuk menulis satu kilasan tentang suasana di alam pekerjaan.

Boss are always right adalah satu fahaman yang telah diterapkan secara turun-temurun dan dijadikan sebagai mindset untuk setiap pekerja. Untuk sesetengah orang, boss are always right adalah satu pegangan. Mereka percaya bahawasanya boss yang mereka miliki adalah seorang yang berkredibiliti, berkaliber, berdedikasi dan segala jenis ber lagi. Hakikatnya, kebanyakan golongan pekerja terpedaya dan taksub dengan status boss itu sendiri.
Menjadi boss adalah seronok. Semua orang teringin nak menjadi boss. Ini kerana apa yang boss cakap akan dituruti oleh anak buah.
Menjadi pengurus adalah mudah tapi nak menjadi pemimpin bukannya senang. Seorang boss yang bagus mestilah merupakan individu yang memiliki sifat-sifat seorang pengurus dan pemimpin. Setiap tindak tanduk atau keputusan yang dibuat hendaklah mengambil kira kesan dan akibat untuk masa semasa dan masa akan datang.

Seorang boss yang bagus juga tak boleh bersifat self-centered. .

Boss are always right bagi gua secara peribadi adalah satu pegangan yang mengarut. Jujurnya, gua tak pernah percaya yang boss are always right. Apa yang betul adalah betul dan apa yang salah adalah salah. Jika arahan diberikan oleh boss, tak bermakna semuanya adalah betul dan tak bermakna orang bawah tak boleh persoalkan. Kadang-kadang, cakap orang bawah, boss kena dengar jugak sebab kadang-kadang, boss lagi bodoh dari orang bawah.

Boss are always right bukan satu alasan yang baik untuk gua hormat kepada boss gua. Boss yang deserve penghormatan daripada gua, dia akan dapat. Bagi yang tak layak, jangan mimpi gua nak hormat. Hormat gua tak mungkin dapat dijual beli.
Kata orang (Cewah Blook), anak muda ini datang dengan dreams. Orang tua pula punyai vision. Jika kedua-dua dreams dan vision ini bersatu, hasilnya sangat tidak terduga bagusnya. Gua punya dreams. Boss gua punya vision. Gua rasa dreams gua dan vision boss gua tak mungkin akan bersatu. Gua kena cari boss baru

No comments:

Post a Comment