Powered By Blogger

Sunday, 28 August 2011

Diari Menjelang Hari Raya

Hari ni 29.08.2011 maybe last puasa, InsyaAllah esok Raya dan aku masih berada di KLIA LCC Terminal belum balik nak beraya. Next flight pukul 8 malam (memang pon,sebab my parents and family semua non muslim –aku convert) So aku beraya dirumah rakan taulan terdekat. Kuala Terengganu untuk ke-3 kali berturut turut.  Tapi sedih jugak la tengok orang lain beraya dengan family semua. Aku? Tapi Alhamdullilah kerana ramai kawan yang sanggup menerima aku sebagai sebahagian dari diorang. Hanya Allah yang dapat membalas.


Walaupun terubat dan gembira dapat beraya dengan kawan2 semua, tapi jauh di lubuk hati aku sunyi dan ingin merasa beraya dengan family sendiri. Abang sulong kahwin melayu tapi tak berapa rapat, segan lak nak datang beraya rumah diorang..


Tahun ni, aku beraya agak simple maklum budget lari. Kompeni lak mak mai aiii  kedekut nak mampos tak bagi bonus.  Ya Allah, bukakan la hati diorang tu kalau hati diorang hidup lagi la.


Kad raya, tahun ni Cuma dapat satu jer. (tak nak kad, nak duit raya)

Ending, kepada semua yang ada family, parent. Balik ok jgn tak balik. Sementara diorang masih ada. Macam saya tak ada family pun buat2 tak malu balik rumah orang..hahaha..

Hingga ketemu lagi untuk next update.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

“Drive safely”

No comments:

Post a Comment