Powered By Blogger

Sunday, 20 May 2012

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting

“Jangan taburkan janji andai jika kita tak mampu tepati dan jangan kata cinta jika tidak mampu memberikannya sepenuh hati” Ingatlah hidup kita ni umpama roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, satu masa nanti kita juga akan dipermainkan...Dan waktu itu, baru kita tau tinggi rendah langit tu..

Setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasan nya, hanya masa yang menentukan. Insan yang pandai menjaga kesetiaan terhadap pasangan, adalah insan terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagiakan pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika kita dicurangi, janganlah bersedih atau berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana kita punya maruah diri, jangan samakan diri kita dengan insan yang tidak setia. Kita cuba melakukan yang terbaik untuk pasangan kita dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Kalau si dia tidak pandai menjaga harga diri, suatu hari nanti mereka akan rasakan apa yang kita perbah rasa (doa saya kepada yang tak setia, kamu juga akan rasa apa yang saya rasa)
Tidak penting untuk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan..Tawakal dan redha..mungkin Allah merencana yang terbaik untuk kita..Amin

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik...Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lekaki atau wanita setaraf dia juga..Pilihan di tangan anda..

Al Vida....

No comments:

Post a Comment