Powered By Blogger

Wednesday, 14 December 2011

Kenapa aku tak nak jadi bos??

Antara sebabnya aku ngeri nak jadi bos ialah tengok keadaan di luar sana yang mana bos adalah mereka yang selalu dibenci orang lain. Hahaha.

Bila memikirkan potensi untuk aku dibenci oleh mereka yang orang selalu panggil 'pekerja biasa' atau 'subordinate', aku rela jer jadi 'kuli' seumur hidup. Huhu.

Rasanya tak susah nak jadi seorang bos yang berkesan. Tapi, sangat susah untuk menjadi bos yang disenangi oleh orang lain. Dah tentu dalam kita menjadi seorang bos berkesan, ada orang yang tak suka dengan cara kita. Seorang bos tak dapat lari dari mengeluarkan arahan-arahan yang mungkin padanya betul, tapi tidak bagi orang lain.

Banyak orang mengadu bos diorang,


Apa pun tak tahu!

Ada jugak yang mengadu bos diorang

Apa pun tak boleh!
Dan memang ramai orang yang mengadu bos diorang kejam sebab bagi gaji ciput atau cut budget. Lagi parah x bagi bonus..it’s totally suck!!1

Adalah perkara biasa di alam pekerjaan apabila kita tak setuju dengan bos kita. Yang membezakan antara seorang bos dan pekerja biasa adalah bos mengeluarkan arahan dan sebagai pekerja biasa, tugas mereka adalah laksanakan arahan tu. Sama ada arahan itu betul atau tidak adalah perkara nombor dua.

Ada sesetengah pekerja biasa yang mampu untuk bertegang urat dengan bos diorang kalau merasakan arahan tu tak betul. Tapi banyak orang cuma berani kutuk bos belakang-belakang jer. Aku faham jer sebab walau macam mana teruk pun bos diorang, akhirnya bos diorang jugak yang bayar gaji. Hehehe.

Seperti yang aku cakap kat atas tadi, memang susah nak jadi seorang bos yang disenangi pekerja biasa. Menjadi bos yang disenangi berkemungkinan berdepan risiko-risiko ini. Satu, bos itu akan didampingi oleh mereka yang suka mengampu dan bermuka-muka. Dan dua, bos itu akan kehilangan rasa hormat dari pekerjanya dan banyak arahan akan dibuat secara sambil lewa jer.

Apa-apa pun, dalam bekerja adalah penting untuk kita mempunyai rasa hormat pada bos kita. Walau macam mana pun kita mungkin tak suka dan tak bersetuju dengan mereka, ia adalah satu amanah untuk kita melaksanakan setiap arahan yang keluar dari mulut mereka.

Akhirnya perlulah kita ingat bahawa tuhan telah memilih mereka untuk menyampaikan rezeki-Nya pada kita. Jadi, terimalah setiap tugas dengan hati terbuka dan bekerjalah dengan ikhlas dan amanah. Kalau rasa dah tak boleh handle, cabut jerlaaa~~.actually my last choice after this

No comments:

Post a Comment