Assalamualaikum wbt,
Ku dahului nukilan ini dengan Nama Allah Yang Maha Besar,
Dalam kita mencari makna kehidupan sedar atau dengan tidak sedar iya memang nampak senang tetapi realiti nya payah dan jerih, nampak mudah tetapi sebenarnya sukar. Tidak dinafikan iya juga terjadi dalam kehidupan seharian kita termasuk saya.
Jika diamati ungkapan di atas, memang semua orang inginkan kehidupan yang sempurna tidak kiralah yang muda mahupun yang tua semuanya mempunyai harapan yang sama-kehidupan yang sempurna tetapi perjalanan nya berlainan liku. Itu kita sedia maklum.
Kehidupan yang belum sampai penghujungnya-mengalah atau putus asa,(sebelum mati) bak perjuangan yang sia-sia. Namun, perjuangan akan tetap jadi perjuangan dalam setiap kehidupan dunia sementara tidak kira siapa, semua terjadi yakni binatang. Tidak kira arah liku mana yang kita tujui atau ikuti, kerana kita hanya mampu meninggalkan nama dan jasa. Yang membezakan antara jasa dan dusta (Manusia dan Harimau) adalah melalui tindakan lisan dengan kata-kata yang hanya kata-kata tanpa maknanya atau tanpa inti dan patinya.
Semakin jauh perjalanan semakin banyak pengalaman - mungkin membawa satu kepastian,
mungkin membawa satu pendirian. Tetapi semestinya iya juga membawa satu renungan yang seharusnya kita hayati kerana bakal menjadi panduan untuk meniti satu nafas baru/peransang kehidupan seterusnya.
Sejauh mana perjalanan, setiap insan yang pasti akan pulang ke pangkal jalan atau tidak (*tak semestinya ikan akan pulang ke lubuk nya semula, sirih akan pulang ke gagangnya)
Namun yang pasti, setiap perlakuan akan membawa pedoman, kesedaran atau satu ketetapan hidup.
Dalam mencari erti sebenarnya kehidupan, hati yang mencari … jiwa yang merasa...
Nukilan hati dari seorang yang masih bujang....pssst
No comments:
Post a Comment